Keserasian dimiliki seperti sudah bertahun berhubungan biarpun tidak sampai tiga bulan perkenalan menjadi faktor pelakon, pengacara dan penyanyi, Danny X-Factor mengikat tali pertunangan pada 20 Mac lalu dengan gadis pilihannya iaitu Saidatul Fazlin Zakaria atau nama glamournya Lin 25, dan merupakan seorang pramugari syarikat penerbangan Air Asia.
Majlis pertunangan ini diadakan secara tertutup dan dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat..Danny berkata, mereka sepakat untuk mengikat tali pertunangan selama enam bulan dan mahu terus menaiki jinjang pelamin selepas Aidilfitri ini.
Kedua-dua bakal pengantin yang segak dan anggun mengenakan busana tradisional berwarna perak bercampur kelabu, bertukar-tukar hantaran lima berbalas tujuh dulang.
Majlis pertunangan dibuat secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga kedua-dua pihak serta rakan dan kenalan terdekat.
Danny atau nama sebenarnya Mohd Khardanie Anwar, 31, yang berasal dari Kelantan ketika ditemui, berkata walaupun usia perkenalan mereka belum sampai tiga bulan, hubungan Saidatul Fazlin atau lebih manja dengan panggilan Lin, dengan dirinya begitu rapat.
“Gerak hati dan naluri saya kuat mengatakan bahawa Lin adalah jodoh yang dicari selama ini. Tanpa berlengah-lengah, saya melamarnya sebelum memaklumkan hasrat saya kepada keluarga saya untuk terus mengikat pertunangan,” katanya.
Danny berkata, mereka sepakat untuk mengikat tali pertunangan selama enam bulan dan mahu terus menaiki jinjang pelamin selepas Aidilfitri ini.-harian metro
0 comments:
Post a Comment