Subscribe Twitter

Wednesday, 23 March 2011

0
Komen

kahkahkah!!

jenet naik bas

Selepas habis membeli-belah, Jenet hendak balik kerumah dengan menaiki bas sambil mendukung bayinya.. Pemandu bas berkata, "Bayi anda adalah yang paling buruk pernah saya lihat!". Jenet dengan marah melemparkan duit tambang kedalam kotak dan terus mengambil tempat duduk di belakang. Dia berusaha menenangkan diri. Seorang lelaki yang duduk di sebelahnya menyedari bahawa Jenet sedang marah, dan bertanya apakah sebabnya. Jenet menjawab, "Pemandu bas menghinaku!". Dengan bijak lelaki itu berkata, "Mengapa pemandu itu kurang ajar sangat. Sebagai pemandu bas awam, dia patut mesra penumpang.". "Betul", kata Jenet, "Saya hendak jumpa pemandu itu sekarang untuk memarahinya!!!". "Idea yang bagus" kata lelaki itu, "Sini, biar saya yang tolong pegang monyet awak!


tepung naik sendiri

Pada suatu hari yang tak berapa nak indah, Mak Esah menyuruh anaknya Ali ke kedai.
Mak Esah : Ali, ngko tolong belikan mak tepung naik sendiri kat kedai depan nu.
Setelah hampir sepuluh minit menunggu anaknya di dapur, Mak Esah menjengok ke ruang tamu.
Mak Esah : Laa….. dah lama ke engko balik? Manenye tepung yang mak mintak ngko beli.
Ali : Dah lama saya balik, mak je yang tak perasaan. Tepung tu ada kat tangga nu…… pandai-pandai la tepung tu naik sendiri.
Mak Esah : ?! Nape la bengap sangat anak aku ni ?! 

0 comments: