Subscribe Twitter

Saturday, 17 December 2011

2
Komen

Antara golongan penghuni neraka



Entry kali ni aku nak share 1 isu yang aku rasa ramai yg da tau… tp ak dulik ape kan…aku tetap nak share.. mana tau ade antara rakan2 kita yang terlepas pandang.. so.. sama2 la kita ingat mengingati…

Iainya berkenaan sebahagian daripada golongan penghuni neraka….. kadang2 kita tau dosa ni tp kita buat2 tak tau.. buat2 lupa..buat2 bodooo je.. kan.. erm. Bila pk2 semula takut jugak.. jom kenkorang kite nilai semula diri kite. Adakah kite trmasuk dalam golongan trsebut?? Ape perasaan kita kalau kita bakal menyusuri golongan trsebut????
Renung2kan lah…

Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahihnya,hadis no: 2128, Rasulullah SAW bersabda: 

“Terdapat dua golongan penghuni neraka yang saya tidak akan jumpa: (Pertama) Orang yang memiliki alat pemukul seperti ekor lembu yang mereka menggunakannya untuk memukul orang dan (Kedua) wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung lagi mencenderungkan. Kepala mereka seperti bonjol unta yang condong ke sebelah. Mereka tidak akan memasuki syurga dan tidak akan menghidu baunya sekalipun bau syurga itu dapat dihidu dari jarak yang sekian-sekian"
        Hadis ini mengandungi beberapa pengajaran menarik yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca sekalian, agar kita sama-sama dapat mengambil iktibar. Hadis ini dimulai dengan penjelasan tentang dua golongan penghuni neraka yang Rasulullah SAW tidak akan jumpa. Ertinya dua golongan tersebut ialah dari kalangan mereka yang hidup selepas kewafatan Rasulullah. Ini merupakan salah satu bukti kebenaran hadis-hadis baginda, di mana apa yang baginda ramalkan seribu empat ratus tahun yang lalu benar-benar berlaku. 

       Golongan pertama ialah mereka yang memiliki alat pemukul seperti ekor lembu, yakni tali sebatan. Mereka menggunakannya untuk memukul orang-orang lain. Ini merujuk kepada orang-orang yang memiliki kuasa lalu menggunakan kuasanya untuk menghukum orang lain tanpa pengadilan yang sewajarnya. Tentu saja yang segera terlintas di fikiran kita ialah para pemerintah yang diktator. Ini benar namun tidak tepat kerana hadis di atas bersifat umum, bererti ia merujuk kepada sesiapa jua yang memiliki kuasa lalu menyalahgunakan kuasanya untuk menghukum orang secara tidak adil. 
         
Justeru selain pemerintah negara, ia juga boleh merujuk kepada pengarah syarikat, ketua jabatan, amir jamaah dan juga seorang ayah. Berdasarkan kaedah qiyas (analogi), cara menghukum tidak terhad kepada tali sebatan yang diberbuat dari ekor lembu sahaja. Apa sahaja alat atau cara yang dapat menghukum dan mendera seseorang termasuk dalam kategori ini. Oleh itu sesiapa juga memegang kuasa dalam apa jua urusan, hendaklah menjadikan hadis ini sebagai peringatan. Jangan menghukum orang bawahan sesuka hati, sebaliknya adililah mereka dengan seadil-adilnya. Hendaklah mendengar hujah atau pembela mereka seandainya mereka bersalah dan berilah hukuman yang bersifat mendidik dan membina.

         Golongan kedua merujuk kepada para wanita yang memiliki beberapa ciri berikut. 

Pertama, mereka berpakaian tetapi telanjang. Maksud telanjang dalam konteks ini ialah wanita yang mengenakan pakaian yang nipis sehingga menampakkan aurat mereka di sebaliknya. Juga wanita yang mengenakan pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk badan mereka di sebaliknya. Tidak ketinggalan ialah wanita yang memajai pakaian yang terbelah di sana-sini sehingga sekalipun ia menutup aurat, pada hakikatnya aurat-aurat tersebut akan terdedah ketika berjalan atau ditiup angin. 
        Kedua, ia merujuk kepada wanita yang bergaya, berjalan dan berfesyen dengan sesuatu yang memiliki kecenderungan atau tujuan untuk menarik perhatian lelaki. Seterusnya secara sedat atau tidak, wanita ini menjadi ikutan wanita lain untuk turut bergaya, berjalan dan berfesyen dengan sesuatu yang memiliki kecenderungan atau tujuan untuk menarik perhatian lelaki. Fenomena sebeginilah yang disebut sebagai "trend" masa kini dan inilah yang dimaksudkan dengan sabda baginda sebagai
"...yang cenderung dan mencenderungkannya." Antara fesyen yang dimaksudkan ialah mengikat sanggul di belakang kepala dengan menyudutkannya ke atas. "Trend" yang bergelar sebagai "sanggul Arab" dianggap terkin ioleh sebahagian wanita masa sekarang, sama ada yang bertudung atau tidak. Namun fesyen ini telahpun diamalkan oleh Rasulullah SAW seribu empat ratus tahun yang lalu. Ia baginda umpamakan sebagai bonggol unta. Hanya bonggol unta yang menyudut lurus ke atas manakala sanggul arab menyudut keatas sambil condong ke belakang.
         Ada yang begitu taksub dengan fesyen sanggul Arab ini sehingga sanggup memakai rambut palsu yang diikat sebagai sanggul atau membeli terus sanggul palsu. Ada juga pekedai yang menjual tudung arab lengkap dengan sanggul arab tiruan di dalamnya. Semua ini menambah kesalahan, menambah dosa. Ini kerana mereka melakukan dua kesalahan, pertama ialah berfesyen sanggul arab sementara kedua ialah memakai sanggul palsu. Sanggul palsu termasuk dalam kategori rambut palsu yang diperingatkan oleh Rasulullah SAW: "Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dengan rambut lain dan wanita yang meminta rambutnya di sambungkan." [Shahih al-Bukhari, no. 5934]. Maksud menyambung rambut ialah mengenakan rambut palsu, tanpa dibezakan sama ada ia dari rambut manusia, haiwan atau buatan manusia. 
         Penting untuk dibezakan bahawa hadis di atas bukan bermaksud mengharamkan sanggul. Wanita yang berambut panjang boleh bersanggul, dengan syarat sanggul itu diikat di belakang dengan menyudut ke bawah. Apa yang diharamkan ialah sanggul yang diikat dengan menyudut ke atas seperti bonggol unta. Oleh itu, sama ada bertudung atau tidak, hendaklah dijauhi fesyen sanggul arab. 

         Setelah menerangkan ciri-ciri kedua-dua golongan tersebut, Rasulullah SAW menambah bahawa mereka bukan sahaja akan menjadi penghuni neraka tetapi akan dijauhkan dari syurga sejauh-jauhnya. Mereka bukan sahaja tidak melintas di tepi syurga, tidak melihat syurga, bahkan tidak dapat menghidu keharuman syurga padahal keharuman itu dapat dihidu dari jarak yang jauh. Ini menunjukkan kedua-dua golongan di atas berada benar-benar jauh dari syurga Allah. Semoga ini menjadi peringatan yang melekat dalam diri kita, dalam tanggungjawab harian kita dan dalam fesyen harian kita.


Artikel penuh: hafizfirdaus.com/conte...ew/425/78/

2 comments:

Fendy said...

perkongsian yg sangat bagus..thanx...

cik payung umbrella said...

terima kasih fendy. sama2 lah kita berkongsi ilmu yang sedikit semoga sama2 boleh memperbanyakkan pengetahuan.. terutamanya pengetahuan agama yang semakin kita lupa.. kerana mngejar duniawi semata2..