Histeria dari sudut perubatan..
Histeria adalah penyakit psikiatri yang dikenali sebagai 'somatoform disorder' dan dibagaikan kepada dua jenis iaitu 'conversion disorder' dan 'dissociative hysteria'.
Conversion disorder adalah keadaan yang mana mereka diserang histeria biasanya akan merasai gangguan fizikal seperti merasai badan lumpuh, buta, pekak dan bisu walaupun pada hakikatnya mereka tidak mengalami masalah berkenaan. Kebiasaannya, histeria jenis ini berlaku kerana konflik dan trauma seperti melihat saudara dirogol, kemalangan dan kematian.
Dissociative hysteria pula menyebabkan mereka yang terkena histeria akan meronta-ronta, meracau dan menjerit-jerit. Malah, ia kerap berlaku pada kanak-kanak dan remaja akibat konflik yang tidak dapat dikawal.
Prof Azhar berkata, Dissociative Hysteria kerap berlaku dalam masyarakat Malaysia dan biasanya membabitkan pelajar sekolah, penuntut IPT dan pekerja wanita di kilang manakala di Barat lebih popular dengan histeria jenis conversion disorder.
Histeria dari perspektif Islam...
Menurut pengamal perubatan Islam, Fauzi Mustapa, histeria mengikut perspektif Islam adalah merujuk kepada keaadaan di mana manusia tidak sedar, dirasuk dan hilang ingatan akibat gangguan emosi yang tidak terkawal dan tekanan perasaan akibat masalah peribadi, rumah tangga dan kepincangan masyarakat.
Katanya, ia boleh berlaku apabila seseorang itu tidak sedarkan diri dan syaitan mula menguasai akal fikiran mereka sehingga menyebabkan ada yang meracau, menjerit dan melakukan perkara di luar batasan manusia normal serta hilang ingatan.
Trend popular semasa musim orientasi dan musim peperiksaan ?
Beliau menjelaskan kira-kira 20 tahun lalu kes histeria dilaporkan banyak berlaku di negara ini dengan kes tertinggi di sekolah berasrama, kilang dan kem motivasi serta minggu orientasi. Namun ia mulai berkurangan dan menjadi kes terpencil pada 1990-an. Berdasarkan kajian kes terdahulu, kebanyakkan kes histeria didapati berlaku dalam minggu peperikaan di sekolah berasrama dan minggu orientasi di IPT. Dipercayai penglibatan terlalu banyak aktiviti yang meletihkan hingga mengganggu masa tidur dan rehat pelajar dikatakan punca kepada kes histeria semasa minggu orientasi.
Selain itu, pelajar asrama juga mudah terkena histeria kerena tidak dapat mengawal konflik seperti mengikut disiplin yang ketat selain kerinduan pada keluarga. Dalam kes 1980-an, kebanyakkan kes histeria berlaku di sekolah agama yang mana disiplinnya lebih tinggi berbanding sekolah biasa.
Kes membabitkan perkerja kilang, biasanya berlaku pada waktu malam. Ia dipercayai berlaku kerana pekerja keletihan tidak cukup tidur selain faktor ketakutan kerana sering mendengar cerita mengenai hantu.
Wanita lebih cenderung dengan fenomena histeria ?
Menurut Prof Dr Azhar, kebanyakkan kes membabitkan wanita kerana tahap ketakutan mereka lebih tinggi berbanding lelaki. Tambah Prof Dr Azhar lagi, histeria sebenarnya berlaku kerana konflik yang tidak dapat dibendung dan dikawal oleh individu itu dan cara mengawalnya adalah dengan memberikan bantuan bukan tekanan kepada mereka yang ada masalah atau lemah.
Rawatan...
Cara rawatan terbaik untuk histeria adalah dengan memberikannya sesi kaunselling. Bagi mengelakkan ia 'berjangkit' dan menjadi epidemik, mereka yang diserang histeria wajar diasingkan dengan orang lain.
Bagi orang Islam, biasanya pengamal perubatan Islam akan memberikan rawatan untuk menenangkan pesakit dengan bacaan ayat Al-Quran. Begitu juga dengan agama lain, yang mana mungkin orang yang arif dalam agama mereka akan memberikan rawatan mengikut kepercayaan masing-masing.
Namun, seeloknya selepas rawatan berkenaan, pesakit diberikan keyakinan untuk megawal diri dan selepas pulih pesakit diberikan sokongan seperti bertanyakan masalah dihadapi mereka.
1 year ago
0 comments:
Post a Comment