Subscribe Twitter

Wednesday, 30 March 2011

0
Komen

Palestin Di Hati Kita – Bahagian 2

Oleh: M. fauzi



 Penderitaan Umat Islam Palestin – Apa Tindakan Kita?
Jarak hampir 10 000 km antara kita dan wilayah Palestin tidak harus dijadikan alasan untuk kita berpeluk tubuh. Sampai bilakah kita hanya mampu beristighfar, mengutuk Yahudi Israel di dalam hati. Sampai bilaka kita sekadar mampu mengepal penumbuk, apabila melihat kekejaman Israel yang dipaparkan di media? Apabila malam menjelma, kita pun lena dibuai mimpi. Esok, Palestin kita lupakan lagi. Ingatan kita kepada saudara kita di Palestin bercambah ataupun layu, bergantung kepada sekerap mana ia menjadi bahan berita.
Mungkin keadaan kita pada waktu ini tidak membolehkan kita berada di garis hadapan dalam medan peperangan bersifat fizikal dalam menentang Yahudi dan negara haram Israel. Tetapi ia tidak bermakna kita sekadar menjadi penonton di luar medan perang. Ingatlah saudaraku sekalian, perjuangan membebaskan wilayah Palestin dan al- Quds boleh dibuat dengan pelbagai cara. Yang penting ia harus bermula dengan langkah pertama.
Langkah 1 – Kesedaran Diri Dan Keluarga
Pertama, sebagai seorang Muslim yang taat pada ajaran Islam dan mahu mempertahankan maruahnya, kita harus menetapkan iktikad di dalam hati, bahawa selagi ada hayat, bangsa Yahudi dan apa jua pertubuhan yang berbau Zionis akan ditentang hingga lebur sama sekali. Bermula dengan diri sendiri,  segala  pengetahuan, kesedaran dan kewaspadaan terhadap tindak-tanduk ejen-ejen Zionis dan kekejaman Yahudi Israel harus sentiasa berada ditahap tinggi. Pengetahuan, kesedaran dan kewaspadaan ini harus disebarkan kepada ibu-bapa, isteri, adik-beradik, anak-anak dan semua saudara terdekat. Kemudian maklumat yang sama harus disebarkan kepada para sahabat dan kenalan terdekat. Anjurkan dan galakkan mereka semua menyebarkan dan berkongsi pengetahuan, kesedaran dan kewaspadaan ini kepada orang yang mereka kenali dan percayai.

 Bisnes MLM, walaupun bercanggah dari segi syarak mengikut pendapat beberapa ulama dan pakar dalam fiqh ekonomi Islam, ia popular dalam masyarakat Islam di Malaysia. Setiap ahli haru berusaha mendapat seberapa banyak ‘down-line’ yang mampu. Lebih banyak ‘down-line’ maka lebihlah komisyen yang diperolehi. System ‘down-line’ dengan aplikasi ala piramid digunapakai.
Dengan menggunakan aplikasi yang sama, apa kata kita gunakan untuk memberi kesedaran kepada orang di sekeliling kita. Maklumat akan lebih tersebar dengan luas hanya dengan sedikit usaha dan kemahuan dari semua pihak yang terlibat.
Ambillah peluang dari jalan yang mudah ini bukan sekadar untuk menyedarkan tetapi juga untuk mengambil tindakan sesuai yang boleh menimbulkan kerugian besar kepada Yahudi, entiti Zionis dan penyokong-penyokong mereka. Usaha ini memerlukan maklumat yang tepat, betul dan terkini. Kajian, pembacaan dan penterjemahan ilmu dan maklumat amat penting bagi memudahkan kita mengenali sosok langkah Yahudi dan entiti Zionisnya.
Pakar strategi perang dari Cina, Sun Tzu ada menyatakan “Kenali diri anda dan kenali musuh anda, seribu peperangan akan beroleh seribu kemenangan.”
Langkah 2 – Pena Lebih Tajam Dari Pedang, Dakwatnya Adalah Racun & Penawar
Pengetahuan yang mendalam tentang Zionis dan penyokong-penyokongnya membolehkan umat Islam benar-benar mengenali mereka, luaran dan dalaman. Pengetahuan yang mendalam sebegini, memudahkan umat Islam menduga apa jua perancangan, strategi dan tindakan-tindakan mereka. Pengetahuan yang mendalam juga membolehkan umat Islam merancang apa jua tindakbalas yang bersesuaian.
Laksanakan kempen secara berterusan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang Zionis dan perilaku mereka. Penggunaan grafik dalam poster dan rakaman-rakaman video tentang kekejaman Zionis boleh disebarkan dalam Youtube, Facebook atau blog. Tingkatkan kebencian masyarakat terhadap Zionis dan segala entitinya. Jadikan Yahudi Zionis sebagai musuh masyarakat yang menjijikkan dan dipandang hina.
Manfaatkan pengetahuan dengan menyebarkan seluas mungkin apa sahaja yang kita tahu tentang Zionis dan penyokong-penyokongnya. Sampaikan juga segala idea bernas yang boleh digunakan untuk berhadapan dengan Zionis dan penyokong-penyokongnya. Gunakan strategi ‘api melawan api’.
Kita telah biasa mendengar tentang Protokol Zionis.  Protokol Zionis ini dirangka hasil dari  permuafakatan yang dicapai oleh cendekiawan dan pemikir bangsa Yahudi dalam Kongres yang dipengerusikan oleh Theodor Hertzl. Kongres ini berlangsung di Basel, Switzerland pada 1897. Selama lebih dari 113 tahun lamanya, bangsa Yahudi melaksanakan kesemua 24 protokol yang turut dikenali sebagai ‘The Protocols of Learned Elders of Zion’ dengan perancangan dan pelaksanaan yang teliti. Setiap protokol mempunyai pelan khusus pelaksanaannya yang hanya diketahui oleh orang-orang yang menganggotai pertubuhan Freemason dan Illuminati. Kedua-duanya adalah organisasi hitam yang menjadi hujung tombak golongan Zionis.
Apabila meneliti keseluruhan kandungan 24 Protokol Zionis ini, ada diantara umat Islam dipalit panik dan kebimbangan. Gerun kerana kesan dari pelaksanaan Protokol Zionis ini telah berada di dalam rumah sendiri.
Persoalannya, mengapa perlu takut? Tidakkah kita terfikir untuk merangka 24 Protokol yang dirangka khusus untuk mematahkan segala perancangan Zionis. Protokol melawan protokol. Perancangan Islam menelan perancangan Zionis. Freemason dan Illumninati ditentang oleh… terpulang kepada umat Islam untuk memikirkan pelaksanaannya.

Langkah 3 – Jangan Lari Dari Teknologi, Manfaatkanlah Sebaik-Baiknya
Selama lebih dari 113 tahun, Zionis dan entitinya memanipulasi teknologi untuk mencapai cita-cita mereka. Diciptakan sistem kewangan berasaskan wang kertas, sistem ekonomi cara kapitalis, komunis dan pasaran bebas,  penggunaan media cetak dan elektronik, hinggalah kepada aplikasi sistem persenjataan moden. Semuanya digunakan untuk melemahkan dan menghancurkan umat Islam.
Ramai umat Islam yang menyedari keadaan ini. Ramai yang telah bertindak untuk mengatasinya dengan pelbagai cara yang difikirkan wajar. Tetapi sayang sekali ada yang beranggapan, lari dari semua teknologi moden adalah jalan keluar yang terbaik. Mengapa tidak kita memanfaatkan teknologi yang sama digunakan untuk menghancurkan umat Islam, kita olah dan jadikannya sebagai alat untuk menangkis dan mengambil tindakan balas?
Selama 113 tahun jugalah, Zionis dan entiti-entitinya menggunakan kaedah perang saraf ataupun perang fikiran (ghazwatul fikri) untuk melemahkan dan menghancurkan umat Islam. Pelbagai ideologi, fahaman pengetahuan yang diselewengkan disebarkan dengan pelbagai kaedah yang moden dan terkini. Mengapa tidak umat Islam menentang mereka dengan kaedah yang serupa. Jika mereka menggunakan risalah, artikel, buku, majalah dan akhbar untuk meracuni fikiran dan memburuk-burukkan maruah umat Islam, kita gunakan kaedah yang sama.
Jika Zionist menggunakan aplikasi multimedia seperti blog, friendster, e-mel, facebook dan laman web, kita gunakan juga kaedah yang sama. Begitu juga jika mereka menggunakan saluran televisyen dan radio untuk merosakkan pemikiran umat Islam, kita gunakan televisyen dan radio untuk menyebarkan dakwah dan penerangan. Ia meninggal kesan yang besar terhadap usaha jahat Zionis ini.
Tindakan nekad dan berani para penggodam laman web dari Turki, Syria, Iran dan Pakistan boleh dijadikan contoh dan rujukan. Tindakan mereka menggodam dan merosakkan laman web serta jaringan komunikasi internet kerajaan Israel selepas Perang Lubnan 2006 dan semasa serangan Israel ke Semenanjung Gaza tahun 2009 meninggalkan kesan buruk kepada sistem perbankan, dan menjejaskan kelicinan pentadbiran kerajaan Israel. Bayangkan jika penggodam laman web bertindak lebih jauh dengan menggodam jaringan telekomunikasi tentera negara haram Israel. Hebat bukan?
Langkah 4 : Boikot – Alang-Alang Menyeluk Pekasam…
Dalam pasaran ekonomi di Indonesia, Malaysia dan Brunei, umat Islam mempunyai kuasa beli yang besar. Ini berdasarkan kepada jumlah umat Islam yang mencecah 16.5 juta di Malaysia, 203 juta orang di Indonesia dan 260 000 orang di Brunei. Merujuk kepada ensiklopedia bebas Wikipedia, secara kasarnya berdasarkan statistik, umat Islam di Asia Tenggara berjumlah 231 291 000 orang pada tahun 2009. Dengan mengambil perbandingan jumlah penduduk Asia Tenggara pada tahun yang sama berjumlah 539 000 000 orang, 42.91%  darinya adalah umat Islam. Jumlah pasaran untuk 231.3 juta orang bukan satu jumlah yang sedikit.
Cuba saudara dan saudari bayangkan, kesan dari kepelbagaian usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan, agar semua umat Islam memboikot apa jua barangan yang dikeluarkan oleh Yahudi Israel dan penyokong-penyokongnya dari Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Usaha dan kempen ini bukan dijalankan untuk tempoh waktu yang singkat, tetapi berbulan-bulan dan bertahun-tahun. Walaupun 90% dari jumlah kuasa beli ini di bawah paras kemiskinan, kesan boikot mengundang kesan yang sedikit 



Jika semua umat Islam di Asia Tenggara menahan keinginan untuk membelanjakan wang membeli produk Israel, Amerika Syarikat dan Eropah, mereka akan kerugian sekurang-kurangnya 231.3 juta dolar sehari. Bayangkan jika seminggu, sebulan dan setahun. Dalam tempoh boikot itu seluruh entiti Zionis kehilangan pasaran untuk 231.3 juta orang. Amerika Syarikat dan Eropah akan mengalami kerugian besar, dan mereka mengalami masalah untuk membantu rejim Zionis dari sokongan kewangan. Tanpa bantuan kewangan, rejim Zionis akan tumbang, kerana 79% sumber pandapatan negara haram Israel, bergantung kepada sumbangan sekutu mereka di Amerika dan Eropah.
Walaupun ia nampak mustahil untuk dilaksanakan, dan dianggap perancangan yang cantik di atas kertas, tetapi saudara-saudari, bermula dari saudara dan saudarilah, diikuti dengan keluarga, rakan dan kenalan, perkara ini tidak mustahil akan dapat dilaksanakan.

Langkah 5 – Kirimkan Apa Yang Termampu -  Doa @ Daya
Saudara-saudara Muslimku sekalian. Jangan lupakan al-Quds. Jangan lupakan umat Islam Palestin. Jangan lupakan mereka dalam doa harian kita. Kirimkan doa yang khusus untuk mereka dalam setiap solat yang didirikan. Jika tidak terasa kejanggalan kepada saudara-saudara sekalian, bacaan doa qunut nazilah boleh dilakukan di tempat yang dirasakan sesuai dan selesa untuk mengerjakannya. Luangkan masa sekurang-kurangnya pada malam minggu untuk bangun bertahajjud dan melakukan solat hajat yang khusus untuk Palestin & al-Quds serta semua wilayah Islam yang dijajah. Beri galakan kepada keluarga, saudara mara, sahabat handai dan kenalan untuk mengambil tindakan yang serupa. Jadikanlah ia amalan harian sehinggalah semua kekuatan Yahudi dan Zionis ditumpaskan.
Saudara-saudaraku sekalian. Luangkan waktu untuk menganjurkan dan menghadiri majlis bacaan Yassin dan munajat khusus untuk Palestin & al-Quds bersama saudara-saudara di kariah masing- masing. 

Saudara-saudaraku yang punya lebihan wang, elakkan sebarang pembaziran. Ringankan tangan memberikan sumbangan kepada tabung-tabung yang khusus untuk Palestin. Galakkan keluarga, saudara mara terdekat dan sahabat-kenalan untuk mengambil langkah yang serupa.
Langkah-langkah yang dicadangkan ini adalah langkah yang sesuai dan mudah untuk kita lakukan. Lakukan ia kerana Allah Ta’ala demi membela maruah umat Islam. Sekurang-kurangnya kita turut bersama dalam usaha jihad fisabilillah. Walaupun keadaan kita sekarang tidak mengizinkan untuk terlibat dalam‘ghazwatul qital’ (perang fizikal). Namun usaha-usaha yang dicadangkan adalah strategi yang sesuai dalam ‘ghazwatul fikri’ (perang fikiran). Medan perang fikiran adalah salah satu pendekatan perang saraf lebih bersifat menyeluruh dan berpanjangan. Allahu Akbar..Allahu Akbar.. Walillahil Hamdn..

0 comments: