Ramai artis-artis Malaysia yang sentap bila Wardina mengeluarkan kenyataan yang selebriti Malaysia tak layak bergelar ikon minggu lepas. Tapi kami faham perasaan Wardina. Almaklumlah, artis-artis muda Malaysia sekarang nie kebanyakannya femes kerana kontroversi, bukan kerana bakat lakonan atau nyanyian diorang.
mereka di BeautifulNara kadang-kadang tercari-cari gosip-gosip atau pun berita-berita yang baik mengenai artis Malaysia untuk dikongsikan bersama kita semua. Tapi sayangnya dalam 10 berita yang mereka kongsikan, 9 daripadanya adalah benda-benda sensasi yang mengarut-marut. Sekali sekala adalah terselit cerita-cerita artis yang dah insaf dan sebagainya. Tapi kebanyakkannya adalah gosip-gosip sampah yang menjatuhkan maruah artis Malaysia kita.
Mungkin artis Malaysia kita nie berpegang kepada kata-kata Donald Trump yang berbunyi lebih kurang begini:-
"Publisiti yang buruk adalah lebih baik daripada tak ada publisiti langsung."
Tapi siapa kata hanya dengan cerita sensasi sahaja artis kita akan popular. Sila ambil contoh Diana Danielle. Dulu dia memang penuh dengan kontroversi tapi sekarang ini berita tentang Diana Danielle kebanyakkannya hanya benda-benda yang baik saja. Lawatan ke rumah orang asli, lawatan ke rumah panjang orang Iban dan macam-macam lagilah. Tak ada kontroversi tapi still mampu menaikkan nama DD.
Contoh lain adalah penyanyi indie wanita, Yunalis Zarai. Jarang kita dengar cerita-cerita buruk tentang dia. Mungkin ada sesetengah wartawan yang cuba menjatuhkan Yuna dengan gosip Yuna sombong dengan wartawan. Tapi semua itu kami rasa hanya propaganda wartawan-wartawan kita. Dan yang paling penting imej bersih yang dibawa Yuna dari awal sampai sekarang dah menunjukkan yang artis kita mampu popular tanpa gosip teruk.
Cuma yang dikesalkan kebanyakkan artis Malaysia nie cuba mengambil jalan short-cut untuk cepat femes. Taknak bekerja keras. Itu yang keluar statement-statement tak masuk akal. Update status Facebook dengan ugutan membunuh. Keluar gambar berfoya-foya dalam kelab sambil teguk botol arak. Dan macam-macam lagilah. Memanglah nama mereka akan dikenali ramai selepas kontroversi tue, tapi berapa lama sangat kepopularitian sebegitu akan bertahan?
so pada pendapat anda semua siapa kah artis yang boleh di buat ikon??
0 comments:
Post a Comment