Subscribe Twitter

Monday, 2 May 2011

11
Komen

Super ke si cicak


Hari aku saje nak berceloteh tentang superhero.. ye superhero.. kenkorang semua tentu ada superhero yang kenkorang jadikan idola kan??? Macam aku la jugak.. dulu masa aku tengah comey2 macam rebina.. aku pun ada my superhero tau! Ha nak tau sape??

 Semestinya ultraman taro..haha masa tu kalau duk tengok my superhero tu lawan raksaksa tu! Fuh! Jantung aku ni yang terlebey dup dap dup dap.. haha.. 


Tapi hari ni idola aku dah betukar.. idola aku adalah seseorang yang perjuangan nya adalah pada dunia realiti.. siapa beliau?? Nanti kenkorang akan tau..
Hari ni aku nak share berkenaan salah sorang superhero yang menjadi idola anak2, adik2, dan sedara2 kite yang masih kecil..
Aku terpanggil utk buat en3 pasal superhero yang satu ni pasal aku trbaca satu komen berkenaan superhero yang bakal aku nak ceritakan ni.. adoiyai.. cam keling la ayat aku nie kan.. berbelit2 cam ular sawo. haha

Superhero yang paling aku tk boleh terima akal ni adalah ... 


  
superhero cicakman.. 

aku yakin kenkoranng semestinya pernah dengar ttg cicakman kan?? Pernah jugak tgok kan? Aku pun pernah.. memula tengok aku tk de pk ape2 pun..tp lama2 aku mula trpk.. kenapa perlu jadi kan cicak sebagai superhero? Anak2, dn adik2 kite mula meletakkan watak cicak man sebagai lelaki yang baik dn bersedia mnyelamatkan sesiapa sahaja di dalam kesusahan. Ingatkah kengkorang ttg cerita cicak pada zaman nabi dahulu? Haiwan ini lah yang memberikan petanda kepada kafir quraisy  tempat persembunyian nabi..

Aku ada trbaca satu komen yg agak tidak masuk akal dari seorg insan yg berakal dan sngat hebat dalam dunia korporat..  komen yg tidak masuk akal tu brbunyi… 

bg saya la. mmg satria pon. sbb nk kutuk cite2 barat yg ntah pape tuh. bajet hebat sngt la superhero dr lelabah, kelawar. wat la cicak. cicak dh a kurus mcm apek. cicak juge boleh melekat cm spiderman. cicak boleh memanjangkan lidah. cicak ringan n pijak tak mati. tp takde a dorg terpikir cicak tuh yg bgtau rasulullah dlm gue tuh. itu ksilapan yg tak diperpanjangkn akal n mnusia biase a. lgpun. bkn salah cicak a sy rase. wlaupun cicak tuh berbunyi menandakan de org dlm gua tuh. yg membunyikan cicak tuh siape? yg kate kun fayakun bhwasanye cicak tuh bleh tetibe dlm gua n pstu berbunyi tu siape? bukankah allah subhanawataala juge. jd adakah kite nak salahkn cicak itu ataupun tuhan yang membuat cicak itu? dan bukankah allah tuh telah menyelamatkan rasulullah daripada dibunuh. mungkin seekor cicak tu je la yang jahat. cicak2 lain tak bleh a nk grupkan jahat juge. cm manusia juge. takkan kite nak salahkan si alim ulama disebabkan dose si pemabuk todi dari kalangan manusia?

Sebenarnya tidak perlu lg nak dipersoalkan ttg cicak2 zaman sekarang yang tak de kene mgena dgn cicak di zaman rasulallah.. hanya org tk berakal je yg duk buat perbandingan mcm tu.. kenapa aku ckp mcm tu?? Nah jawapannya da ada nie..

1-Riwayat dari Ummu Syarik:"Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruhnya membunuh cicak"


2-Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya: "Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fuwaisiqah"

3-Riwayat dari Abi Hurairah dari nabi s.a.w: "sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan,dan membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama,dan membunuhnya dengan 3 pukulan,kebajikannya kurang dari yang kedua"

Saudara boleh rujuk hadis ini dalam Sahih Muslim dalam "Kitab Qatlul Haiyyat" Ibnu Kathir meriwayatkan dalam kitabnya "Al-Bidayah Wa Nihayah" bahawa nabi menyuruh membunuh cicak kerana semasa nabi Ibrahim Alaihissalam dibakar semua binatang cuba utk memadamkan api,sedangkan cicak menghembus utk memarakkan lagi api.

Jadi dari hadis diatas,maka jelas disini bahawa membunuh cicak adalah sunat hukumnya tetapi tidak dikaitkan dengan hari jumaat atau mana2 hari.

(Copy Paste dari Laman web Ustaz Azhar Idrus)

Nah!! Terang2 jawapannya da ade dlm hadis kan? So apa lagi yang nak korang nak sanggah?? Kenapa perlu ambik cicak utk jadikan superhero?? Trpikir ke korang cerita2 superhero mcm ni mnjadi minat anak2 kecik yg tk blh brpikir secara matang??

 Kat sekolah bila anak2 dengar ustaz/ustazah bercerita ttg cicak pd zaman rasulallah, anak2 trsebut akan keliru antara kejahatan cicak pada zaman rasulallah dengan kemuliaan cicakman yg menjadi superhero mereka tu.. so????


Sebaliknya org barat pulak yang terbalik.. mereka menjadikan labah2 sebagai ikon superhero.. spiderman.. sape tk kenal spiderman kan?? Labah2 la yang menyelamatkan rasulallah ketika baginda bersembunya... nah.. terbalik kan?? So pk la wahai kenkorang..



Kenapa media massa negara kita tk ketengahkan superhero2 berupa pahlawan2 islam dahulu kala? Nak kata tk de.. aku rasa bukan main ramai lagi.. ilmuan2 islam pun superhero jugak!! Selain daripada Nabi Muhammad, ramai tokoh2 dn ilmuan islam yg boleh kita banggakan.. 
antaranya --->>>


Ibnu sinar----->>>> Tokoh Perubatan dan Falsafah Islam


Ibnu Khaldun ----->>>>Tokoh Sosiologi Islam


Saidina Abu Bakar Assidiq --->>> tokoh sahabat terbilang dan paling dikasihi Rasulallah

Aku juga sngt kagum dengan pejuang dalam perang salib iaitu :- 

 Salahuddin Al Ayubi..

 Beliau merupakan seorang penakluk Jerusalem.. kalau kenkorang semua baca kisah beliau.. aku yakin… korang tk terkata2.. ilang kata2.. boleh terkedu seketika.. dengan kepahlawanan serta perjalanan hidup beliau di medan perang.. tk dapat aku nk gambarkan betapa sebak + sayu +pilu dengan ketokohan beliau..

Sesiapa yang menguasai palestin, dia menguasai dunia< << --  kata2 beliau yang terlalu menusuk ke dalam hati aku.. mmbuatkan aku betul2 terkedu...





ha! tu diantaranya la.. ade ramai lg tokoh2 islam yg boleh kita jd kan superhero kepada ank2 dn adk2..

kenapa pihak media massa tk tayang cerita berkenaan tokoh2 agung tu?? cube la tayangkan cerita tokoh2 dn ilmuan2 islam ni kat media.. rugi ke?? aku rasa yang duk tengok tv, baca majalah tu ramainye bangsa melayu.. bangsa lain tk de nye nak ngadap tv 24jam!! so salah ke selitkan cerita2 berunsurkan tokoh islam ni kat tv?? 



Daripada duk tayang cerita dongeng ntah ape2 tu yang lansung tak masuk akal :---->>>

puteri hutan la, puteri langit la, puteri biru la, puteri merah la, ikan kawin ngan manusia la, si kerdil dan si cantik la, beruk dengan si cantik la.. nak tergelak bergolek2 aku baca tajuk cerita tu...

baik la tayang cerita tokoh yang aku cakap tu! Nak kata tk de otak.. ade je.. belajar tinggi2.. cuba buat dulu baru la boleh tengok sambutannya cam ne.. kata berniaga.. bukan ke ciri2 seorang usahawan salah satu nye berani ambik risiko??? So????


Atau nak buat alasan tk de pahlawan daripada golongan wanita?? Sape kata tk de?? Bukan nye kita nak didik anak2 dn adik2 perempuan kite gi berperang pun.. sekurang2nya didiklah mereka menjadi wanita solehah.. kita juga ada tokoh2 serikandi wanita yang tersohor.. teguh dalam mempertahankan maruah agama namun masih teguh kesucian  dan kehormatan diri.. antaranya adalah..

1-       SUMAYYAH BINTI KHUBBAT --- >>> Wanita Pertama Syahid Di Dalam Islam

2-      KHADIJAH BINTI KHUWAILID --- >>> Srikandi Yang Agung
3-      ASMA' BINTI ABU BAKAR --- >>> Lahirkan Bayi Islam Pertama Di Al-Madinah Al-Munawwarah
4-      FATIMAH BINTI AL-KHATTAB --- >>> Pendorong Kepada PengIslaman Umar Al-Khattab
5-      NUSAIBAH BINTI KA'AB (UMMU 'UMARAH) --- >>> Keberaniannya Mengatasi Lelaki


 siapa  kata tak ada superhero dari kalangan wanita?

Mereka tidak gentar walau apa jua badai, dan onak duri yang datang melanda, sebaliknya keteguhan iman membuatkan mereka begitu cekal dan sabar dalam menghadapi apa jua cabaran dan tribulasi. Di samping itu, mereka juga berjaya menunjukkan akhlak terpuji dan menjadi isteri dan ibu mithali. Matlamat mereka hanyalah satu iaitu mencari keredhaan Ilahi dan kebahagiaan yang hakiki.




tidak cukup hebat kah mereka utk kita jadikan contoh dan idola kepada ank2 dn adik2 kita?? Serikandi2 yang ada pada zaman rasulallah sudah cukup menggambarkan bahawa didikan agama islam sangat menyeluruh dan tidak ada cacat celanya..ia tidak lekang dek panas dan tidak pula lapuk dek hujan..

Kenapa tidak dijadikan pahlawan2 seperti ini sebagai superhero?? Sbb kanak2 tk minat kesah2 perang? Kanak2 tk minat cerita berunsur zaman nabi ?? kanak2 mengantuk bila tayangkan cerita mcm tu? Bukan ke teknologi da canggih sekarang??

Anak2 dn adik kite tk suka kesah perang ke? Habis ultraman, cicakman tu pun sal perang2 jugak..dah la tak logik!  Kalau nak tarik minat anak2 tgok cerita2 berunsurkan pahlawan2 dn pejuang2 islam.. blh je.. buat la dlm bentuk animasi…. 3D.. bnyk cara blh buat.. ubahsuai cerita karut guna teknologi canggih2 tu bleh plak?? Bila nak buat sal ilmiah sket bnyak la alasan!

Aku rasa sedih sngt bila tnya pada ank2 dn adk2 kite pasal pokemon, kamen rider, wah! Pjg lebar je dorang menjawab.. bg 2jam pun tk habis cite lg.. nama watak pun sebijik2 depa ingat.. lagu tema pun hafal..

Tp bila tnya siapa Ibnu Sina? Apa sumbangan Imam Bukhari? Apa hubugan Ali bin Abi Talib dengan Rasulallah?? suh plak sebut 99 nama Allah dalam bentu nyasyid??Mau nya tergagap-gagap si anak nak jwb…

Jadi kenkorang yang merupakan abang2, akak2, sahabat2 sekalian.. ubahkan cara kita mendedahkan bahan hiburan kepada anak2 dn adik2 kita.. masa mereka masih mentah ni la kita nk didik betul2.. bila dorang da dewasa.. dorang sndiri akan buat keputusan.. tetapi skop mereka brfikir dan persekitaran pemikiran mereka adalah daripada cara kita mendidik mereka…

Syukran jazilan..  

11 comments:

Cite Je! said...

Fuh..entri penuh isi dan baru bce setengah..tak pe la..komen dlu bru bce..haha..bru setengah bce...nice half entri..wakakka

miss ct said...

Assalamualaikum cp..
entry yg bagus... sungguh mendlm sekali.. ada je kartun ttg pahlawan islam..klu xsilap ct, salehuddin al ayubi atau saladin... mmg xbyk.... semua bergantung pada diri sendiri utk mencorak kehidupan anak2 kita pada masa hadapan =)

SYAF said...

Wah BanYak Dapat inFo Dari Penulisan Sepupu Nie.... Bagus PunYa Entry... Lagu Pn Layan Je.. Hihi..

Kumbang Jingga said...

nice entry..bnyk info leh dpt..dulu kj suka tembak cicak guna getah hehehe..
lagi satu..tulisan tu agak sukar nk dibaca..tukar yg lebih jelas lg baru senang nk baca

cik payung umbrella said...

mcj : anda pengomen prtama. hehe terima kasih sudi baca dn komen
tp baru baca setengah je.. ape la.. nnt baca kasi abis tau..

ct : waalaikumsalam ct..terima kasih sudi baca dn komen.. ade bnya cerita kartu pejuang islam sebenarnya. cerina bagaimana nabi kita ketika mula2 baginda mdpt wahyu pun ada tp tk ditayangkan pun kat tb.. cuba jadikan tayangn wajib setiap hari.. kan bagus.

syaf my cousin... trima ksh sudi baca dn komen ye.. lagu ni cp suka.. lembut je.. entri ni cp buat sbb nak lepas geram kat pihak yg berkenaan..

cik payung umbrella said...

kj ; ok cp nak tukar la..td pun paan kata nak tercabut mata baca.. huhu.. bagus kj suka bunuh cicak.. da nyata dlm hadis kan..tk perlu nk ragu ngan pndangan kolot kata cicak zaman sekarang tk brsgkut paut ngan cicak zmn dulu..tu pndgn manusia kolot tk baca hadis..

The Crow Empire said...

Err.. bukan ke cicak takde akal fikiran. Jauh lagi untuk cicak menghembus api supaya lebih marak.

Bagaimana nak kaitkan membunuh cicak dengan aspek larangan islam dari membunuh? Nabi takkan menyuruh umatnya melakukan pembunuhan pada binatang. Nabi itu maksum. Itu kan hal sia-sia. Dan Allah swt dan nabi menegah perbuatan sia-sia walau sekecil perkara atas muka bumi.

Membunuh cicak itu hanya kiasan. Ape jawapannya.. Nak tau? rahsia. koh3..

(^____^)

Izzuddin Fauzi said...

Nak tambah super hero Islam tu... Ibnu batuta :D Ok, ak suka cicak man tu... Tapi adoi... X reti gak...

myetech9[dot]com @ Enchik Nine

=o) said...

kalo super skyboy boleh tak...?

suka baca.. satu hasil penulisan yang bagus.. my hero only my mom jer..

cik payung umbrella said...

crow: yg tu dah tertulis dlm hadis.. cp tk blh komen ape2.. nnt kite tnya pd ulama' nnt crow dpt ape2 info sila share dngn cp jugak ye..tq sudi baca dn drop komen. sngt cp hargai.

en9 : ibnu batuta.. ye cp sngt kagum.. beliau ni trkenal sebagai tokoh musafir islam kan? pjalanan beliau selama 30 tahun kalau tk silap cp..bnyak pgalaman beliau yg sngt menerujakan... tgok.. pasal pjuang islam je kite msti tk ingat teruknye diri ku nie.. tq komen en9 yang suke senyum.. hehe

sky ; ye sky walaupun tk sebagus hasil penulisa sky namun cp tetap suka en3 ni sbb cp brfilir pjg ms menulis en3 nie. kelekaan dn kealphaan diri mula cp nmpak... semoga kite same2 mnjadi manusia brguna.. terima kasih sudi baca dn komen ye sky...

toyolkiut said...

TK suka hulk..
hehe..

salam pkenaln..